ratuhati playlist


Powered By KakiBlog

Tuesday, April 27, 2010

KAWAN KETAWA SENANG DIDAPAT KAWAN MENANGIS SUKAR DICARI

Benarlah kata orang tua2..berhati2 memilih kwan jangan terlalu ikut kan hati.
sebab kawan ketawa sangat lah ramai tapi kawan menangis sukar dicari.

Ratu ramai sangat kawan,terutamanya kalau kawan yg mereka dalam kesusahan atau kawan yang hendak bawa berjalan2..kawan2 ratu kalau ada masaalah mesti cari ratu untuk meluahkan rasa atau pun pilih ratu untuk tempat cerita kan apa saja masaalah yang mereka hadapi. ratulah juga tempat mereka meminta nasihat dan pandangan, ratulah juga tempat mereka meminta apa2 pun pertolongan yang mampu ratu berikan kepada mereka..

Tapi bila mana ratu pulak yang perlukan mereka,dimanakah mereka?manakah kawan kawan yg ada di keliling ratu itu??sekarang ni ratu pun sudah tak tahu mana satu kah kawan baik ratu dan yang mana satu kah cuma sekadar kawan2 begitu saja..tapi bila mereka bermasaalah mereka kata ratu lah BFF mereka..bila tak ada masaalah tak pernah pun cari ratu..adakah ini yang dinamakan BFF..menyesal saja ratu terima BFF request sedangkan masa mereka request tu alangkah happynya ratu sbab dipilih sebagai BFF...

Sekarang ni senang saja ratu boleh tau mana kawan yang betul2 kesahkan ratu dan mana kawan yang cuma ada bila ratu sedang gembira..Bila ratu post status gila2 dekat wall FB ratu boleh dikatakan dekat 10 org kawan yang layan komen post tu sampai kadang2 mencecah hampir 100 komen tanpa henti..tapi bila ratu postkan yang ratu sedang sedih atau ratu sedang tak sihat 1 org pun tak ada yang bagi semangat pada ratu untuk makan ubat atau pun berehat..dimana kah kawan2 ratu itu??

Tapi tidak mengapalah ratu berkorban demi kawan,walaupun ratu sibuk atau ada masaalah tertentu atau pun tidak sihat..bila mereka perlukan ratu,ratu tetap ada untuk mereka..biarlah mereka tak ingat ratu dan tak sayangkan ratu sebagaimana ratu sayangkan dorang sebagai sahabat dan kwan ratu..

Ratu memohon kepada Allah semoga Allah berilah kesenangan dan murahkan lah rezeki kawan2 yang ada disekeliling ratu.. :)

Friday, April 9, 2010

Hati seorang isteri

Adakalanya orang melihat dari jauh,setiap perkahwinan itu bahagia kerana orang lain hanya dapat melihat senyuman dan gelak ketawa pasangan suami isteri.
tanpa mereka sedari sebenarnya apapun masaalah didalam sesebuah rumahtangga cuma pasangan itu saja yang tahu dan mengerti. seperti aku,aku sebenarnya sangat bahagia bersama keluarga ku..aku ada suami yang baik dan anak2 yang baik..walaupun kehidupan hanyalah sederhana dan tidak berharta..kadangkala hati berasa cemburu dan iri hati kepada orang lain yang lebih berharta,hidup senang dan mewah dan semua serba ada..sedangkan aku cuma hidup seadanya,cukup2 dengan tinggal dalam sebuah rumah kampung dan mempunyai sebuah kereta kecil sahaja..memang tidak aku nafikan dalam hati kecil ku berkata kenapa aku tidak hidup seperti wanita lain yang ada suami kaya??

Sebenarnya aku bersyukur dengan apa yang tuhan sudah berikan kepada aku,cuma aku tak boleh menipu diri ku dengan mengatakan aku tidak terfikir dan tidak mahu hidup kaya..tapi apa kan daya cuma ini saja yang aku miliki dan aku pasrah dengan semua yang ada...tapi adakalanya aku menangis sendiri tanpa ada orang yang tahu bertapa hatiku sangat terluka..bukannya suami ku tak baik atau ada perempuan lain...yang aku tidak puas hati kenapa sudah bertahun dan tidak lama lagi genap 16 tahun perkahwinan kami tapi dia seolah olah tidak tahu isi hatiku sebagai seorang isteri.

mungkin pada orang lain apa yang hatiku katakan cuma perkara remeh atau perkara kecil tapi itu lah kata hati dan bisikan hatiku..ada masanya bila aku keluar rumah aku sentiasa ingat untuk membelikan apa2 saja untuk ku bawa balik dan berikan kepada suami ku tidak kiralah makanankah,barangkah atau sebagainya walaupun murah sebab aku mau belikan yang mahal2 pun aku bukan berduit dan bekerja.tapi suami ku pula dia tidak pernah pun belikan aku apa2 bila dia balik dari kerja ataupun dari jalan.bila aku tanya kenapa tidak belikan aku apa2?mesti jwabnya kalau beli takut aku tak suka..sedangkan aku jenis terima saja apa yang ada.

ada juga masanya bila suami ku mahu kemana saja atau mau membeli barang yang dia mahu..dia mesti mau pergi dan mesti mau dapatkan apa yang dia mau sekarang juga..tapi bila giliran aku pulak kena tunggu masa yang sesuai..dan akhirnya dalam hatiku menangis dan begitu pedih dan sakit sekali tapi aku jawab juga 'ok'..kenapa????kenapa kau tidak faham akan hatiku wahai suami ku??kenapa??

satu ketika bila aku cakap sesuatu dengan suami ku dia mesti akan jawab mana2 saja,ikut dari kamu saja dan apa saja jwaban yang memang sangat tidak menyenangkan hati..sebab jwaban itu seolah olah jawaban yg tidak ikhlas.kadang2 kehadiran ku macam tidak ada saja disisi suamiku..dia jarang mau bercakap dengan ku..bila aku cakap sepatah dia pun akan jawab sepatah..bila aku tak cakap apa2 makanya dia pun tak cakap..aku rasakan macam dia lebih suka kalau aku tidak ada kerana dia lebih suka diam dan tidak bercakap,dia lebih suka kalau bersendirian tidak ada orang membawanya bercakap.kalau aku bercerita pun macam bercerita dengan dinding saja..kalaulah dinding boleh menjawab mungkin dinding lagi akan ketwa dengan ceritaku..

Tapi tidak mengapalah biar ku pujuk saja hatiku sendiri dan ku pendamkan saja ketidak puasan hatiku.semoga jodoh ku berpanjangan dengan suamiku..tapi sayang,hargailah aku.. sedarilah kehadiran ku yang aku ada disisi mu..kerana setiap manusia cuma akan rasa kehilangan bila orang yang mencintainya sudah tidak ada didunia lagi..semoga ianya belum terlambat lagi..dan sejujurnya 'aku sangat mencintaimu dan sangat menyayangimu selama lamanya'

Wednesday, March 17, 2010

Buang bayi!!











setiap malam berita yang sama berulang dan berulang lagi..
tak pernah sekali buletin utama jam 8pm di tv3 berehat seketika daripada menyiarkan berita buang bayi..apa agaknya nak jadi dengan manusia sekarang ni??

kalau disalahkan kepada ibubapa kerana tidak memberikan ajaran agama yang secukupnya yang menyebabkan kerosakan moral para remaja ini,adakah patut??rasanya tidak kan??seperti yang disiarkan di berita juga tentang pasangan yang di tangkap berkhalwat dan menyembunyikan diri diatas syiling tempat mereka tinggal...bukankah dia itu seorang guru agama/ustazah??bukankah dia lebih mengetahui tentang agama..jadi apakah sekarang kerosakan akhlak di sebabkan kekurangan ajaran agama yg di berikan ibubapa ataupun ini semua berpunca dari diri remaja atau individu itu sendiri atau mungkinkah kerana terpengaruh dengan kawan2.

berbalik kepada kes buang bayi pula...kenapalah si ibu tidak mempunyai belas kasihan terhadap anak yang dikandungnya sendiri?kalau dia telah berbuat dosa kerana melakukan hubungan terlarang sebelum berkahwin kenapa dia sanggup menambahkan dosanya dengan membunuh bayinya yang tidak bersalah??berfikirlah sebelum melakukan hubungan sex sebelum perkahwinan ini akan membawa masaalah kepada diri sendiri dan jika tidak dapat mencari jalan penyelesaian maka terjadilah kes buang bayi.

bagaimanalah agaknya hendak membendung kes buang bayi ini daripada berleluasa lagi??kerajaan pernah mengeluarkan kenyataan sekiranya tertangkap si ibu yang membuang bayi maka si ayah yg membuatkan si ibu mengandung pun akan didakwa bersama.tapi berapa banyak kes buang bayi yg kita dengar,sudahkah ada tangkap yang dibuat??rasanya belum ada lagi..ini kerana amat sukar untuk mencari pelakunya..makanya si pelaku terlepas begitu sahaja..

agaknya setiap rakyat malaysia perlu di ambil sampel darah dan data DNA nya disimpan oleh kerajaan.sekiranya ada kes buang bayi dengan mudah mengambil sampel darah dari bayi dan di buat persamaan dengan data DNA yang ada dalam simpanan..(macam forensik CSI lah pula).sekiranya ada semacam ini bagus juga ya..

kepada para remaja perempuan kawallah perasaan anda dan kuatkanlah iman anda..jangan sesekali mencuba untuk melakukan hubungan sex sebelum anda berkahwin dengan pasangan anda kerana anda tidak akan tahu samada anda ada jodoh dengan pasangan anda itu walaupun anda telah melakukan hubungan sex dengan dia.jauhilah diri dari masaalah,jagalah diri dan jagalah keperibadian..

Membuang bayi samalah dengan dosa membunuh..walapun anda terlepas di dunia tapi Allah akan membalas perbuatan itu di akhirat kelak..

Wednesday, March 10, 2010

KEKASIH INTERNET

sentuh soal internet,macam2 kita boleh buat dengan komputer...termasuklah melayari internet dan juga bermain game ataupun tempat mencari kwan2 lama yg telah lama terpisah semenjak di bangku sekolah lagi..

Tapi ada juga yang mengunakan internet untuk mencari teman hidup..ada juga yang berjaya hingga ke jinjang pelamin tapi ada juga yang putus di tengah jalan kerana dri kejauhan atau cuma melihat gambar atau mendengar suara semuanya memang cantik dan indah belaka malahan suara pun merdu semerdu buluh perindu..tpi bila dah berjumpa rindu dan sayang semasa di internet semuanya hilang begitu sahaja..ini pernah terjadi kepada sahabat ratu,dimana sahabat perempuan ratu sudah tertarik hati dengan seorang lelaki yg begitu lama dia kenali tapi belum pernah berjumpa dan sahabat ratu sanggup memberikan pertolongan dengan apa cara sekali pun kepada kekasih internetnya itu..malahan hadiah yang mahal2 pun sanggup sahabat ratu poskan untuk kekasih internetnya itu..

Bila dah 4 tahun berkenalan tibalah masa sahabat ratu ke kuala lumpur untuk bertemu dengan kekasih internetnya itu..bila tiba disana memang sahabat ratu di sambut dengan baik pada mulanya tapi segala perancangan yang dibuat iaitu kekasih internet sahabat ratu sepatutnya mau memperkenalkan sahabat ratu kepada orangtua nya di batalkan dan alasan orangtua kekasih internet sahabat ratu tidak ada di rumah kerana pergi kerumah saudara mara..sepatutnya 1 minggu bercuti di KL tidak di habis KL tetapi kekasih internet sahabat ratu menyuruh sahabat ratu balik ke KK selepas 2 hari dengan alasan kekasih internet sahabat ratu perlu balik kampung kerana masaalah keluarga..makanya balik lah sahabat ratu ke KK...

Sesampainya sahabat ratu di KK dan cuba untuk menghubungi kekasih internetnya adalah seorang perempuan yang menjawab...'the number you have dialed cannot be reach at the moment,please try again later'selepas seminggu selepas sebulan..'the number you have dialed is not in service'...apakah maksud nya ini?? anda semua fikirlah sendiri....

Monday, February 22, 2010

Tua mengejar kita

Usia kita akan bertambah dari sehari ke sehari...pernahkah kita renungkan sejenak tentang usia kita?Dan apa yang sudah kita lalui sepanjang hidup kita ini?Samaada kita telah melakukan banyak perkara baik ataupun perkara jahat..

Kadang2 ratu heran juga ada pulak orang yang sudah umur 40 tahun tapi mnegaku pulak 30 tahun,ada yang udah dekat 30 tpi mengaku pulak 20an..kenapa pulak ya ada orang yang sanggup menipu tentang umur ataupun usia ini??kenapa mereka malu tuk megatakan usia mereka yang sebenar..

Heran2..apa kes??nak sembunyikan usia pun tak ada maknanya..tengok saja muka pun dah tau usia tu dah meningkat..bagi perempuan tampal bedak dekat 1 kilo dan makeup kan muka tu kala2 artis pun orang akan tahu juga yang muka tu tak seperti umur yang di katakan muda..kalau umur tu udah 30 ckp sajalah 30 buat apa bagitau kat orang umur baru 21 tahun??dan pada yang percaya tu agaknya buta lah mata orang tu yang tak dapat bezakan umur orang tu samakah tidak dengan rupa orang tu..lainlah kalau tidak pernah jumpa..cuma tengok kat gambar saja..apa barang tengok gambar??gambar pun kena edit supaya nampak muda dan cantik..

Apa2 pun terpulanglah kepada individu tuk mengatakan tentang umur atau usia yang sebenar,isilah usia dengan benda2 yang berfaedah dan penuhilah dengan amal yang soleh..jangan sia2 kan usia. 'TUA AKAN MENGEJAR KITA'

MENGHADAPI MASAALAH

selamat pagi ratu ucapkan kepada semua pembaca..ini mesti ada yang bermalas malasan lgi sebab arini hari isnin,dan semuanya baru balik dri bercuti gong xi fai cai..

Apa yang ingin ratu kongsikan arini ialah tentang msaalah perhubungan,tidak kiralah perhubungan suami isteri,kekasih atau kawan mahupun persaudaraan.Memanglah setiap orang tidak pernah lepas dari mendapat masaalah kerana itu adalah asam garam dalam kehidupan seharian kita.Cumanya terpulanglah kepada kita bagaiman untuk menyelesaikan nya.

Dalam perhubungan suami isteri jika di landa masaalah,cubalah untuk berfikir dengan tenang untuk menyelesaikannya tanpa harus sampai mengambil keputusan yang terburu buru,kerana tindakan yang sebegitu bkan saja dapat menyelesaikan msaalah kita akan tetapi menambah burukkan lagi keadaan.

Begitu juga dalam hubungan kekasih,dari hubungan kekasihlah akhirnya membawa hingga berumahtangga.makanya belajarlah untuk saling memahami dan kurangkan sikap cemburu kerana adakalanya sikap cemburu yang berlebihan akan membawa perhubugan tidak berkekalan,sama juga dengan sikap terlalu mengongkong,ini akan membuatkan kekasih anda rimas dan akhirnya menjauhkan diri dari anda.berbincanglah dengan sebaiknya dan cuba untuk mencari apa persamaan yang dapat membuat anda dan kekasih lebih rapat lgi..

Sikap dalam bersahabat pula harus dari mula bekenalan sudah di mulai dengan kejujuran kerana sekali anda berbohong dalam persahabatan itu anda akan sentiasa berbohong dalam setiap ucapan yang anda ucapkan kepada sahabat anda.berlaku jujurlah kepada sahabat kerana dengan sahabatlah anda boleh berkongsi masaalah dan tempat meluahkan masaalah anda.tidak ada istilah sakit hati atau rasa tak puas hati terhadap sahabat,jika pun timbul sebarang masaalah pastikan tau bagaimana untuk megatakan pada sahabat apa yang berlaku dalam persahabatan kalian berdua.. sayangilah sahabat anda sebagaimana anda sayangi diri anda,hidup kita tak akan sempurna tanpa seorang sahabat.

Kepada saudara mahupun adik beradik,kdg2 timbul juga masaalah yang adakalnya cuma remeh temeh saja..walapun begitu cuba lah juga untuk menyelesaikannya kerana jika dibiarkan akhirnya adik beradik atau saudara pulak tidak bertegur sapa.. ingat2 sajalah yang tua harus dihormati dan yang muda harus disayangi.

kesimpulannya apa pun masaalah mesti ada cara menyelesaikannya dan jangan cuba menyalahkan pasangan,kekasih,sahabat maupun saudara anda..harusnya terlebih dahulu selidiki diri kita sendiri dan cuba untuk perbaiki yang mana kekurangan bukannya menyembunyikan hal yang sebenar tentang diri kita dan berlaku jujurlah kepada orang lain nescaya orang akan berlaku jujur kepada kita.

Thursday, February 18, 2010

Valentine Day/Hari kasih sayang

Semua orang pun dah tau apa itu hari kasih sayang atau valentine day kata org puteh, dan yang sangat gembira meraihkannya ialah muda mudi yg sedang hangat bercinta,tapi perlukah kena tunggu 1 tarikh itu tiba baru boleh raihkan hari kasih sayang?Hari hari biasa pulak tak adakah kasih sayang atau kena tunggu juga 14hb february baru tunjukkan yang kita betul betul sayang pada psangan kita?



Pada ratu pulak hari2 pun sayang,cinta dan sayang kita tak perlu di tunjuk kan atau di bandingkan dengan hadiah2 yang mahal2.Tak kan berapa harga atau berapa mahal hadiah itu dijadikan ukuran cinta dan sayang pada pasangan?kalau macam tu gelang harga rm1000 itu cinta besar tu...jdi kalau cincin rm5 itu cinta kecik ja??hehehehe...



tapi walau apa pun hadiah dan pemberian di hari valentine day terima saja seadanya kerana cinta yang lahir dari hati tidak akan sama dengan setiap pemberian yang diberi..kalau ratu cukup2 saja di bisik kan dengan cara yang paling romantik ucapan 'I LOVE YOU' atau 'AKU SAYANG KAMU' tanpa dibuktikan dengan kebendaan.



So kepada pembaca yang membaca blog ratu..ayuh ucapkan I LOVE YOU.......

Monday, February 15, 2010

Persahabatan

Selamat awal pagi..tiba2 ratu ada idea menaip plak,dah brapa hari ratu tak menaip dlm blog ratu ni.

Ratu nak tulis apa ya???owh iya...tentang...emm..apa beza KAWAN,TEMAN,SAHABAT dan RAKAN?

Pada pendapat ratu mungkin yang diatas itu semua sama..cuma ada yang setia ada yang rapat ada yang mesra ada yang baik dan ada yang sejati..Betul tak??

kalau kawan baik,agaknya baik sampai mana tu ya?bagaimana pula sahabat setia??rakan rapat pulak berapa rapat tu?satu lagi teman mesra atau yang biasa di sebut teman tapi mesra..hikhikhik..apa yang mesra dan mcmna mesranya tu??

tpi apa pun pengertian anda tentang sahabat,kawan,teman dan rakan.Bila menjalin persahabatan dengan seseorang jadilah orang yang jujur dalam persahabatan dan jadikan lah persahabatan itu sebagai satu perhubungan yang penuh dengan keikhlasan dan saling menghormati dan jangan sekali kali mengkhianati persahabatan itu..

bagi ratu..ratu jujur dalam persahabatan dan tak pernah mengkhianati persahabatan.. :)


P/S I HAVE A PEN
MY PEN IS BLUE
I LOVE MY FRIEND
MY FRIEND IS YOU

anak ratu selalu nanyi lagu ni..heheheh

Wednesday, February 10, 2010

RATU CUMA RATU HATI

Hari ini tak ada apa2 yang terlintas dikepala batu ratu, untuk dikongsikan bersama dengan anda semua.Hari ini adalah seperti hari2 yang lalu ratu lalui dengan kerja2 seharian ratu.

Dari pagi hingga ke petang hari2 asyik kerja yang sama juga..kdg2 kebosanan menyelubungi hati ratu..namun apakan daya inilah kehidupan seorang wanita seperti ratu.

Adakalanya terfikir untuk melakukan sesuatu yang diluar dugaan dan jangkaan tapi mampukah ratu melakukannya?sedangkan ratu hanyalah wanita biasa seperti wanita2 yang ada diluar sana,cuma bezanya wanita lain berkerjaya tapi ratu cumalah ratu yang setiap hari duduk dirumah dan meghabiskan waktu dengan kerja2 rumah..ratu bukanlah ratu kepada raja yang menjadi pemerintah sebuah negara tapi ratu hanyalah ratu di hati seorang lelaki yang bergelar suami.

Tiada siapa yang megetahui apa yang ada didalam hati ratu,tiada siapa yang boleh membacanya walapun melalui mata ratu, walaupun orang selalu berkata bahawa mata tidak dapat berdusta..tapi apa yang tersimpan dan terbuku dihati ratu, cuma ratu dan ratu seorang yang mengetahuinya dan juga allah tahu apa yang bergolak dihati ratu..

Walapun begitu ratu tidak pernah berasa menyesal akan semua yang telah ratu lalui..dan ratu redha dan setiasa bahagia dengan apa yang ratu ada selama ini.Terima kasih kepada lelaki yang sayang pada ratu..kerana ratu pun sangat sayang padanya..ratu cuma wanita yang mempunyai cinta selayaknya manusia dan cuma boleh menjadi ratu hatinya..

Sampai disini dulu ratu tak dapat idea lagi nak taip apa.. sebab lelaki yang ratu sayang dah balik pulak..hehehee..sampai jumpa lagi..

Tuesday, February 9, 2010

ANAK OH ANAK


Anak adalah satu anugerah dari allah yang sangat diidam idamkan oleh setiap insan yang sudah berumahtangga.Ada yang yang sudah berbelas belas tahun berumahtangga tapi belum juga dikurniakan anak.

Ada sesetengah perkahwinan bercerai lantaran tidak ada anak,ada juga suami yang berkahwin lagi kerana terlalu inginkan anak.Ada juga yang mengambil anak orang untuk dijadikan anak sendiri.Begitulah keadaannya bertapa orang sangat memerlukan anak.


Akan tetapi kenapa orang yang begitu mudah mendapatkan anak dengan mudah saja mereka tanpa rasa belas kasihan membuang saja anak mereka?seperti yang tepampang si dada akhbar boleh dikatakan setiap hari ada saja kes buang anak,tak kiralah buang di sungaikah,dilongkang,di tempat pembuangan sampah dan tak kiralah di mana2 yang mereka rasa sesuai untuk mereka buang asalkan mereka rasa mereka selamat dari di ketahui orang.


Ada juga yang ada anak tapi tidak sayangkan anak dengan melakukan penderaan kepada anak2 yang tidak berdosa bukan saja deraan fizikal tetapi juga mental kanak2.seperti kes sepasang suami isteri yang telah disiarkan dalam buletin utama TV3 pasangan suami isteri telah mendera dan meliwat bayi mereka sendiri yang baru berusia 5 bulan...


Mereka2 ini sangat bertuah kerana dikurniakan anak tapi tidak tahu menghargai anak..kalaulah mereka dapat rasakan perasaan orang yang sangat memerlukan anak tapi tidak dikurniakan anak mungkin mereka akan lebih menyayangi anak mereka..


Kepada ibu bapa sayangilah anak..sesungguhnya anak adalah penyeri hidup dalam keluarga..merekalah madu dan merekalah juga racun pada ibubapa.

Monday, February 8, 2010

LELAKI PUKUL PEREMPUAN??

Aku terima panggilan telefon dari kawan ku dan dari nada suaranya aku tahu dia sedang berduka..bila aku tanya dia cakap tak ada apa2..aku katakan padanya yang dia boleh ceritakan apa saja pada aku.tidak lama kemudian dia pun menangis..Huh!!aku paling tak tahan bila wanita lain menangis sambil menceritakan masaalahnya dengan suaminya..aku jua turut menangis.

Aku melayari internet dan masuk ke ruang sembang..baru 1 jam berkenalan dan berbual dalam ruangan itu..aku kenal seorang gadis berumur dalam lingkungan 20an.Ceritanya sama saja,dia sedang berduka dan bersedih.aku katakan padanya jangan terlalu difikirkan sangat nanti membawa masaalah pada diri sendiri..carilah kawan yang baik yang boleh di jadikan tempat untuk meluahkan dan mendapat nasihat.Dengan akak pun boleh saja,Dia meceritakan semuanya dari A-Z..Aku juga yang ikut sedih dan kalau aku ada berdekatan dengannya pasti dan sudah pasti aku mesti menangis bersama sama rakan sembang ku ini..

Tapi didalam fikiran ku,aku tak pernah habis berfikir..kenapa dan mengapakah lelaki sanggup untuk memukul seorang perempuan?Mengapa seorang suami sanggup memukul si isteri?tidakkah dia ada rasa kasihan atau rasa sayang pada isterinya?sedangkan si isteri telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan penuh setia kepada si suami.Adakah dengan kerana sedikit masaalah saja penumbuk sang suami mesti sampai ke kepala si isteri?

Aku juga tidak habis berfikir seorang lelaki yang belum sah menjadi suami pun sudah pandai menghayunkan tangan dan kaki ke badan seorang perempuan yang bergelar kekasih.Hanya kerana lupa meletakkan pelembut kain pada tuala milik si lelaki yang baru di basuh oleh si perempuan dan si lelaki tidak suka kerana tuala itu berasa kasar adalah jadi penyebab si lelaki harus memukul si perempuan dengan menedang dan menumbuk perut si perempuan.

Wahai lelaki tolonglah janganlah berlaku kasar pada kami wanita/perempuan yang sepatutnya kamu lindungi dan sayangi..jika sekali pun kamu sudah tidak ada perasaan sayang kepada kami tapi sekurang kurangnya kasihani lah kami..Pada kami tidak ada yang lebih membahagiakan selain daripada di sayangi dan di kasihi oleh insan yang bernama lelaki.

Sunday, February 7, 2010

UCAPKAN I LOVE YOU


6.00am



i know you want me..you know i want you

A>>hello!!

B>>morning sayang..dah bangun?dah mandi??

A>>iya baru siap mandi..

B>>I call bab mau gerak dah takut jem.. pastu tu pegi breakfast..

A>>ok

B>>ok sayang nanti jangan lupa breakfast ya...and sampai office jangan lupa call tau sms.

A>>ok

B>>Bye sayang..i love you..<---tandanya sayang.

A>>Bye me too..

B>>I LOVE YOU..<------hrap2 kena balas juga

A>>ok <--jwb yg sngt myedihkan di pagi hari

B>>sayang tak sayang i?

A>>Tak payah tanya lah..k?

B>>Ai??Sayang tak??

A>>Memanglah..

B>>tak ucap pun?

A>>tak payah ucaplah..tau sendiri juga..<---memang tau tapi salahkah ucapkan saja?

B>>oklah..<---kecewa sangat simpan dalam hati..

Salahkan ucapkan saja I LOVE YOU atau SAYA SAYANG KAMU??
memanglah kita dah tau dia sayangkan kita tapi tidak bolehkah atau susahkah
untuk diucapkan saja pada orang yang kita cinta atau orang yang kita sayang??

Friday, February 5, 2010

SMS

A>>7.00am - hai good morning..harini sihat??



B>>7.30am -ya...sihat. <-----busan nya jwaban ni



A>>7.31am - dah sarapankah?sarapan apa pagi ni??



B>>8.40am - dah..mee.. <------asalkan balas saja



A>>8.41am - owh ok..buat keja elok2 ya..cyg u..



B>>12.40pm - k <-----ni je??



Buat sayang kredit je bersms dengan orang yang macam ini kan??

orang sms panjang..balas dengan 1 huruf je..x puas pun baca..hahahaa...