ratuhati playlist


Powered By KakiBlog

Wednesday, March 17, 2010

Buang bayi!!











setiap malam berita yang sama berulang dan berulang lagi..
tak pernah sekali buletin utama jam 8pm di tv3 berehat seketika daripada menyiarkan berita buang bayi..apa agaknya nak jadi dengan manusia sekarang ni??

kalau disalahkan kepada ibubapa kerana tidak memberikan ajaran agama yang secukupnya yang menyebabkan kerosakan moral para remaja ini,adakah patut??rasanya tidak kan??seperti yang disiarkan di berita juga tentang pasangan yang di tangkap berkhalwat dan menyembunyikan diri diatas syiling tempat mereka tinggal...bukankah dia itu seorang guru agama/ustazah??bukankah dia lebih mengetahui tentang agama..jadi apakah sekarang kerosakan akhlak di sebabkan kekurangan ajaran agama yg di berikan ibubapa ataupun ini semua berpunca dari diri remaja atau individu itu sendiri atau mungkinkah kerana terpengaruh dengan kawan2.

berbalik kepada kes buang bayi pula...kenapalah si ibu tidak mempunyai belas kasihan terhadap anak yang dikandungnya sendiri?kalau dia telah berbuat dosa kerana melakukan hubungan terlarang sebelum berkahwin kenapa dia sanggup menambahkan dosanya dengan membunuh bayinya yang tidak bersalah??berfikirlah sebelum melakukan hubungan sex sebelum perkahwinan ini akan membawa masaalah kepada diri sendiri dan jika tidak dapat mencari jalan penyelesaian maka terjadilah kes buang bayi.

bagaimanalah agaknya hendak membendung kes buang bayi ini daripada berleluasa lagi??kerajaan pernah mengeluarkan kenyataan sekiranya tertangkap si ibu yang membuang bayi maka si ayah yg membuatkan si ibu mengandung pun akan didakwa bersama.tapi berapa banyak kes buang bayi yg kita dengar,sudahkah ada tangkap yang dibuat??rasanya belum ada lagi..ini kerana amat sukar untuk mencari pelakunya..makanya si pelaku terlepas begitu sahaja..

agaknya setiap rakyat malaysia perlu di ambil sampel darah dan data DNA nya disimpan oleh kerajaan.sekiranya ada kes buang bayi dengan mudah mengambil sampel darah dari bayi dan di buat persamaan dengan data DNA yang ada dalam simpanan..(macam forensik CSI lah pula).sekiranya ada semacam ini bagus juga ya..

kepada para remaja perempuan kawallah perasaan anda dan kuatkanlah iman anda..jangan sesekali mencuba untuk melakukan hubungan sex sebelum anda berkahwin dengan pasangan anda kerana anda tidak akan tahu samada anda ada jodoh dengan pasangan anda itu walaupun anda telah melakukan hubungan sex dengan dia.jauhilah diri dari masaalah,jagalah diri dan jagalah keperibadian..

Membuang bayi samalah dengan dosa membunuh..walapun anda terlepas di dunia tapi Allah akan membalas perbuatan itu di akhirat kelak..

Wednesday, March 10, 2010

KEKASIH INTERNET

sentuh soal internet,macam2 kita boleh buat dengan komputer...termasuklah melayari internet dan juga bermain game ataupun tempat mencari kwan2 lama yg telah lama terpisah semenjak di bangku sekolah lagi..

Tapi ada juga yang mengunakan internet untuk mencari teman hidup..ada juga yang berjaya hingga ke jinjang pelamin tapi ada juga yang putus di tengah jalan kerana dri kejauhan atau cuma melihat gambar atau mendengar suara semuanya memang cantik dan indah belaka malahan suara pun merdu semerdu buluh perindu..tpi bila dah berjumpa rindu dan sayang semasa di internet semuanya hilang begitu sahaja..ini pernah terjadi kepada sahabat ratu,dimana sahabat perempuan ratu sudah tertarik hati dengan seorang lelaki yg begitu lama dia kenali tapi belum pernah berjumpa dan sahabat ratu sanggup memberikan pertolongan dengan apa cara sekali pun kepada kekasih internetnya itu..malahan hadiah yang mahal2 pun sanggup sahabat ratu poskan untuk kekasih internetnya itu..

Bila dah 4 tahun berkenalan tibalah masa sahabat ratu ke kuala lumpur untuk bertemu dengan kekasih internetnya itu..bila tiba disana memang sahabat ratu di sambut dengan baik pada mulanya tapi segala perancangan yang dibuat iaitu kekasih internet sahabat ratu sepatutnya mau memperkenalkan sahabat ratu kepada orangtua nya di batalkan dan alasan orangtua kekasih internet sahabat ratu tidak ada di rumah kerana pergi kerumah saudara mara..sepatutnya 1 minggu bercuti di KL tidak di habis KL tetapi kekasih internet sahabat ratu menyuruh sahabat ratu balik ke KK selepas 2 hari dengan alasan kekasih internet sahabat ratu perlu balik kampung kerana masaalah keluarga..makanya balik lah sahabat ratu ke KK...

Sesampainya sahabat ratu di KK dan cuba untuk menghubungi kekasih internetnya adalah seorang perempuan yang menjawab...'the number you have dialed cannot be reach at the moment,please try again later'selepas seminggu selepas sebulan..'the number you have dialed is not in service'...apakah maksud nya ini?? anda semua fikirlah sendiri....